Berita Terkini

Sila vote untuk kepentingan bersama!Hee.Ok,selamat membuat pilihan!Undi adalah rahsia.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga Batch 44.

Wednesday, December 3, 2008

Pengurusan Blog budak STAR



Salam to all crews of batch 44,

Alhamdulillah,akhirnya kita berjaya mempunyai blog sendiri dibawah satu label,starianstand.blogspot.Basically what we are trying to do here is to keep in touch with all of u guys out there no metter where u are now.Dari Russia ke Japan turun ke kepulauan Australia dan singgah di New Zealand.Tidak lupa kawan2 di kepulauan Indonesia.Ke India dan direct flight ke Mesir.Ambil pula flight ke France.Sambung perjalanan ke Ireland sebelum singgah di London.Ke Germany dan ambil flight ke US.Kita tidak pernah putus hubungan walau jauh kita berjalan.Yang di Malaysia dan seluruh warga batch 44 tetap berhubung kalau anda tidak percaya.

Segala jasa baik dan memori indah yang kita kongsikan yang kita dukung dan pegang sebagai tanda persahabatan kita selama ini.Foundation persahabatan yang kuat membuatkan kita yakin bahawa kita mampu tetap terus berkawan tanpa mengira masa dan latar tempat.Kekuatan yang kita bina selama 5 tahun dibumi STAR akhirnya membawa kita kepada suatu nilai murni dalam persahabatan.Kita tidak pernah berkira dengan siapa dan bidang sekali pun kita sedang lakukan sekarang,STAR tidak mengajar kita untuk membezakan antara satu sama lain.Nama saja kawan dah batch 44,kita pasti mahu berjumpa.

Kebanggaan kita pada tali leher STAR dan lencana STAR yang masih kita pegang dan bawa sampai ke seluruh pelusuk dunia.Dari sejauh2 negara ke sedekat2 negara yang kita tiggal sekarang,STAR masih diangkat sebagai satu kebanggaan.Sebuah sekolah yang elit,menghasilkan mereka2 yang terpilih dan terpelajar serta kuat pegangan dan kepimpinan.Keterampilan kita dalam membawa nama STAR ke mana2 harus dikekalkan.Sebut sahaja STAR,insyaALLAH ramai yang tahu.Malah yang tabik hormat kepada kita.Jadi sekiranya anda pernah belajar di STAR,dukunglah,angkatlah,peganglah dan setialah kepada tradisi kecemerlangan kita.

Dalam blog ini kita telah sediakan 5 ruangan untuk sama2 kita manfaatkan.

Aktifkan Dirimu

Fund

Latest

Memori Indah

Updatekan Dirimu

InsyaAllah sedikit masa lagi kita boleh memulakan semula organisasi kita yang lebih teratur.KB masih lagi selaku Ketua Batch yang kita sedia maklum.KB akan terus menerajui batch 44 selagi beliau mampu.Selama ini KB yang telah menyatukan kita dan kekuatan KB yang selama ini telah didokong oleh ramai di antara kita akan kita teruskan.

Akhirnya,harapan kita dari pihak coordinator is that u guys will put the same effort towards what we are trying to reach right now.Tidak kira anda di mana sahaja,kita mampu untuk teruskan batch 44.Pesanan dari kami adalah untuk setiap satu daripada kita jangan lupa kepada jasa2 guru2 yang telah banyak menumpahkan jasa mereka kepada kita sehingga dimana sahaja kita berdiri sekarang.Mereka telah banyak berkorban untuk kejayaan kita hari ini.Walau mcm mana jauh kita dari mereka sekali pun,mereka tetap guru2 kita.Hargailah mereka-mereka ini kerana untuk makluman semua,cikgu2 masih ingat kepada batch kita dan sayang kepada batch kita.Teruslah berhubung dengan mereka,tanya khabar mereka.


Sekian dahulu untuk kali ini,terima kasih.

Coordinator,
Guru
Black House 2000-2004

No comments:

Visitor Counter