Berita Terkini

Sila vote untuk kepentingan bersama!Hee.Ok,selamat membuat pilihan!Undi adalah rahsia.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga Batch 44.

Sunday, April 18, 2010

Laporan Ringkas Untuk "Lepak"ing @ Batch 44 STAROBA (Tidak Rasmi)


Pada 17 April 2010,seperti yang telah dirancang oleh organizer "Lepak"ing @ Batch 44,STAROBA Keramat,akhirnya perjumpaan singkat hujung minggu pertama telah berjaya dijalankan.Ok,cukupla bunyi cam rasmi awal2.Penat nak fikir ayat.Tapi report nie ringkasan je dr ape yg kita dah plan.

Tempat:Wangsa Walk,Wangsa Maju dan Futsal Center dan Syed Bistro
Waktu:5pm -12 am

Slot petang diisi dgn aktiviti mencungkil bakat budak2 batch utk performance oldboys weekends nanti.Mmg budak2 batch kita ada bakat dan suara yg lunak sikit lagi nak sampai level Akmal Hashim.Tp rata2 telah amik bahagian dalam pencarian bakat suara petang tue.Petang tue yang ada Lone,Butet,Nik,Zam,Guru,Faiz Ikhwan,Bapoux,Xpac,Mat rock dan Mock.Justify Full

Gambar 1:Pusingan pertama sesi mencari bakat.

Gambar 2:Pusingan ke dua.
Gambar 3:Nik,antara yang ke final.

Gambar 4:Butet mmg berbakat dow!Lagu Nurnilam Sari je nak nyanyi.

Lepas karok,masing2 amik masa pg uruskan diri sebelum futsal sebelah malam pkl 9.Ada yg pekena nasi lemak dulu sebelum futsal.Mmg fit la mamat nie.Hee.Masa futsal mmg xcukup org.Ada 9 org je jd terpaksalah main 5-4 sebelah.Seb baik budak2 batch kita nie fit lg.Masing2 blh berlari dan mengejar bola.

Gambar 5:Aksi mantap bekas barisan pemanas bangku simpanan pasukan bola sepak STAR.

Gambar 6:Yg tgh gentel bola tue lone.Mantap doktor nie.Fit lg.

Tp lepas 30 minit main,mat rock terpaksa direhatkan atas faktor kesihatan dan diikuti mock dan nik.Mereka2 nie dah xlarat nak kejar bola lagi.Tggl 3 sebelah dalam padang.Mmg lapang betul court mlm tue.Hee.Tp pujian harus diberikan kepada semua pemain yg telah menunjukan semangat kesukanan yg tinggi mlm tue.

Gambar 7:Ketiga-tiga pemain yg direhatkan ada dlm gambar nie.Hee.

Lepas futsal mmg budaya ke mamak tak dpt dipisahkan.Destinasi seterusnya ke Syed Bistro.Meeting mlm tue disertai hampir 20 orang dan rata-rata yang hadir mlm tue telah menunjukan tahap kesedaran yg tggi dan teruja utk meneruskan kesinambungan aktiviti batch.Terima kasih kepada semua yg hadir utk meeting pertama batch yang lepas.

Gambar 8: Nymq dgn Toyon.

Gambar 9:Nik dgn Faiz Ikhwan.

Gambar 10:Gambar nie exclusive.Gambar Dash dgn wife die.

Gambar 11:Start meeting dah nie.Kirk selaku ketua committee kita yg baru.

Gambar 12:Ms meeting.

Gambar 13:Mmg kusyuk gila dorg nie ms meeting.Hee.

Detail mesyuarat akan disediakan oleh Nymq pada masa yg terdekat utk makluman semua.

Komen penganjur:

Alhamdulillah,terbukti sokongan yg kuat dari warga 44 utk terus menyokong aktiviti batch.Kita mula serius membincangkan soal batch memandangkan mula timbul kesedaran terhadap tanggungjawab masing2.Sokongan kali nie luar biasa.

Secara keseluruhannya,"Lepak"ing berjaya mencapai objektif2 yg telah digariskan.Aktiviti yg dirancang juga berjaya mencapai matlamat.Kali nie perjumpaan batch bukan sekadar "Lepak" semata-mata,tetapi membawa output yg significant.

Terima kasih kepada seluruh warga 44 yg telah menjayakan "Lepak"ing terutama STAROBA Keramat, dan kepada semua yg telah hadir pada aktiviti kali nie.

Kehadiran:
Kirk
Oborg
Sisqo
Dora
Laloq
Eg
Thorik
Nymq
Pedo
Dash
Nik
Toyon
Guru
Faiz Ikhwan
Zam
Lone
Butet
Mock
Mat Rock
Bapoux
Xpac

Gambar kami semua!

Sekian,
Azrie "Guru" Adzman
Bacth 44
Black House 2000-2004

2 comments:

incik neng said...

ak abundi nik untuk lagu "kari ular dewan makan kami"

IMANSHAH said...

nampak berisi semua..kuang2

Visitor Counter