Berita Terkini

Sila vote untuk kepentingan bersama!Hee.Ok,selamat membuat pilihan!Undi adalah rahsia.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga Batch 44.

Wednesday, September 8, 2010

Dari Laptop Guru

Assalammualaikum.

Alhamdulillah,sehingga peringkat nie,kita semua masih diberi peluang dlm bulan Ramadhan nie.Cuma tggl soalnya sejauh mana kita benar2 manfaatkan bulan nie.

Aku terpanggil utk sebut beberapa perkara soal batch kita.Aku cuma mahu berkongsi beberapa perkara pada kita mungkin remeh tp sesuatu utk kita sedar dan ambil peduli.

Pertama,aku prsn ada antara kita yg menyepikan diri,terlalu sepi atas faktor apa,korg sendiri punyai jawapannya.Terlalu ramai yg sepi berbanding yg bersuara ketika nie.

Aku buat konklusinya,ada antara kita nie yg merendah diri atas apa yg kita ada,atas nasib kita.Ada antara kita atas faktor pencapaian dari pelbagai sudut kehidupan merasakan rendah diri dgn apa yg kita ada.

Satu yg kita semua belajar ms kita di STAR,adalah tali persaudaraan dan bukan perbandingan yg kita buat.Kita tak pernah diajar utk membandingkan diri kita dgn satu sama lain.

STAR,xpernah ajar kita utk merendah diri dgn apa yg kita ada.STAR xpernah didik kita utk malu dan rendah diri dgn nasib kita.STAR,xpernah sekali ajar kita lari dari nasib kita.

Tp STAR ajar kita harus sentiasa BERDIRI TEGAK dan PANDANG KE HADAPAN dan TERUS MELANGKAH.STAR ajar kita untuk BERBANGGA DENGAN DIRI SENDIRI.STAR ajar kita untuk sentiasa sentiasa BERSAMA.

Dalam soal nie skrg,bila kita rasa kita sedikit ketinggalan berbanding yg lain,bila kita rasa kita sedikit kebelakang berbanding yg lain,kita jgn lupa kita ada saudara.Kita ada adik-beradik.

STAR,BATCH 44,STARIAN adalah adik-beradik kita skrg.Kenapa harus berpaling dari adik-beradik sendiri?Jgn kawan,kawan sahabat.

Aku pohon dan merayu kepada sesiapa saja antara kita yg pernah merasa sebegitu utk perbetulkan kembali pandangan korg.Betulkan kembali minda korg.

Kita xpernah banding-membandingkan antara satu sama lain.Kita xde apa yg hendak kita buktikan terhadap satu sama lain.Xde apa yg kita nak malukan antara satu sama lain.

Sekiranya kita dibuang kolej,extend sem,biar apa bidang sekali pun kita buat skrg,kongsilah dgn kita.Kita sama2 nak tahu korg dlm bidang apa,apa yg korg buat skrg.

Xkesah sema ada korg belajar,kerja,tak belajar,kita xpeduli semua tue.Yg kita peduli korg kat mana,korg sehat atau tidak.Itu yg kita kesah dan peduli.

Kedua,kita ada mcm2 program nak buat utk batch.Kita pernah ckp,dlm tempoh 5,6 tahun lepas sekolah kita akan aktif blk.Jadi masanya sudah sampai.Nielah titik penyambung itu.

Selepas nie aku harap lebih ramai join aktiviti batch yg kita rancang.Lebih ramai yg melibatkan diri.Dalam entry lepas nie,kita akan listkan aktiviti dan minta korg respon dan sokong kita.

Aku minta maaf kalau ada yg terasa hati atau aku sendiri terlanjur kata.Tp aku ikhlas utk setiap apa yg aku katakan.

Aku akhiri entry nie dgn satu unkapan,

"STARIAN NEVER LEAVE ANOTHER STARIAN BEHIND.THEY ALWAYS WALK TOGETHER".


"Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin"

Ikhlas,
Azrie "GURU" Adzman
Black House 2000-2004


1 comment:

Wan Suhafifi Sukri said...

salam..
terase gle bace entry ni..maybe aku salah sorang yg agak menyepi diri n xpenah join aktvt batch sejak kluar star..btul kate guru..kte suma adik-bradik..xde membezakan satu sama lain..

maybe salah satu faktor aku agak meyepi slama ni sebab terpisah dgn membe2 lain sejak matriks..time tu kan ramai kat matrik penang n pasum..tp aku kat matriks perlis..untung ada gak biaq yg slalu dok buat lawak..haha

pastu jarang aktvt batch yg timing die kna ngan aku nye cuti..so mintak maaf byk2 kwn2..aku tetap xlupe korang..suatu hari insyaAllah kte jumpe blk bw anak bini n kejayaan msg2

Visitor Counter