Berita Terkini

Sila vote untuk kepentingan bersama!Hee.Ok,selamat membuat pilihan!Undi adalah rahsia.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga Batch 44.

Saturday, May 9, 2009

PEMUDA KACAK BATCH 44 (Mei,2009)




Selaku ketua rumah bagi sesi 2004,Muhammad Abrar Bin Abdul Manap membuktikan penuntut Rumah Hitam terdiri daripada mereka2 yang kacak.Mendahului pada saparuh masa pertama undian pemuda kacak,Abrar ataupun Paktam,terus meniggalkan pencabar yang lain jauh ke belakang.Kali ini Abrar telah berjaya meraih sebanyak 32 daripada 61 undi membawa 52% daripada keseluruhan undi kali ini

Pemuda yang berasal daripada Bukit Koman,Raub,Pahang ini pernah bergelar pemain bola sepak STAR yang paling rajin berlari walaupun tidak sering kekal bersama bola di kaki tetap menjadi pemain kegemaran jurulatih.Pertahanan kanan STAR ini merupakan barisan kesebelasan dalam setiap perlawanan dan ketika beliau pernah mengalami kecederaan dalam misi STAR memburu piala primier,STAR gagal memenangi kejuaraan tersebut.

Jiwa kepimpinan beliau terlihat ketika menerajui Rumah Hitam pada sesi 2004.Rumah Hitam telah berjaya memenangi beberapa kejuaraan dan yang paling ketara skali ketika Rumah Hitam berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejuaraan bola sepak antara rumah dan mendapat tempat 6 teratas dalam hari sukan tahunan di STAR.Berbekalkan semangat yg jitu selaku ketua rumah, Abrar sentiasa memastikan ahli rumahnya terus cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Peristiwa hitam buat Abrar selaku ketua rumah terjadi apabila ada ahlinya yang ditangkap menjalankan aktiviti luar tabii dan peristiwa hitam itu telah membuatkan kredibiliti Abrar terjejas namun peristiwa hitam itu berjaya dikawal oleh Abrar dan rakan-rakannya.Rumah Hitam terus berkembang sebagai sebuah rumah sukan yang terbaik pernah ada di STAR.

Ketika di STAR,Abrar juga merupakan antara pelajar yang cemerlang dan sering berada di kelas hadapan ketika di tingkatan 1 hingga 5.Sering mendapat keputusan yang boleh dibanggakan sehinggalah beliau keluar dari STAR. dan kini beliau meneruskan pelajaranya dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti tempatan.Abrar juga sering diusik kerana kulitnya yang gelap2 manis dikalangan rakan2 dan setiap kali diusik,beliau tetap "cool" menghadapinya.

Dengan ini,sekali lagi,starianstand@admin,ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada MUHAMMAD ABRAR BIN ABDUL MANAP kerana dinobatkan selaku PEMUDA KACAK BATCH 2004(Mei,2009)!Semoga Abrar terus dirahmati ALLAH s.w.t dan menemui jodohnya dengan pasangan pilihannya!=)

Visitor Counter