Berita Terkini

Sila vote untuk kepentingan bersama!Hee.Ok,selamat membuat pilihan!Undi adalah rahsia.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga Batch 44.

Saturday, September 11, 2010

Jamuan Raya Batch & Konvoi Balik Sekolah!

Maka,telah bermesyuarat ktorg berdua,Adam dan aku.Ktorg akan mula merancang aktiviti batch no 4 seperti dalam entry yg sblm nie.

Apa yg ktorg bincang nie adalah bersifat tentatively,atau bahasa melayunya "seperti yg dirancangkan".

Program:Jamuan Raya Batch & Konvoi Balik Sekolah!
Tarikh:25 September 2010
Venue:STAR,Ipoh
Kos seorg:RM 20.00

Tentative program:
1) Jumaat malam berkumpul rumah aku,tido umah aku.
2) Bertolak ke Ipoh selepas subuh.
3) Dijangka tiba di STAR dlm kul 9-10 pg.
4) Main bola bersama di padang STAR (kalau ada rezeki,kita lawan budak2 STAR)
5) Settle down,rilek2.
6) Jamuan dgn cikgu2 kat Anjung Tamu,STAR,lepas zohor.
7) Solat Asar.
8) Aktiviti bebas (akan dibincangkan lagi).
9) Dinner sama2.
10) Pulang ke destinasi masing2.

Nota:
1) Kepada sesiapa yg rs xblh join da whole day,separuh hari pun ok.At least sampai jamuan.
2) RM 20.00 utk jamuan tue hanya merangkumi makan ms jamuan.Kita support cikgu2.
3) Transport kita akan tgk sejauh mana kita blh susun supaya kita blh share tol n minyak.
4) Kita target 30 org utk join.

Apa yg korg perlu buat:
1) Duit jamuan byr pada hari kejadian.
2) Tolong confirmkan kehadiran secepat mungkin.Plg blh 15 September 2010.
3) Bagi mereka yg 50-50,tlg bgtau jgk.

Sebarang soalan,blh ajukan kepada:
1) Guru:013-2751324
2) Adam:012-2412256

Cheers everyone!

Wednesday, September 8, 2010

Update

1.Baju batch,korg sila check tempahan korg btul ke dak.Aku perlukan at least 60 helai.Tp bak kata dorg,tempah je 60.Nanti kita tong-tong byr.So aku akan finalizekan cari pembayaran.Semuanya online.So aku tgh sediakan sistem pembayaran.:p --person in charge:guru

2.Raya @ STAROBA.Tarikh dia 10 oktober 2010.Tempat kat pandai dalam.Sape berminat nak pg,halo2 aku at 013-2751324.--person in charge:tak guru,adam.

3.Trip to Pulau.Aku masih tgh cari tempat yg best utk ke pulau.Masih tercari2.Sesiapa berminat nak tolong,halo2 aku.Hee.Weekends juga,mungkin hujung tahun kot.Sedia2kan lah duit yeop sekalian.--guru,adam

4.Raya @ BATCH 44.Tarikh blom set,tp dlm mggu kedua raya.Weekends.Kita tgh fkr cara plg best utk buat jamuan batch.Nanti kita org update korg!--guru,adam

So basically,pape,roger kami!Hee.Sedikit update,skrg ramai yg duk KL atas urusan kerja.Dan cam Pa'Cho kerja kat nilai.Dekat je nilai-kl.Toyon,mama,tabu,mereka nie semua ada kat KL.Pape,halo2la ktorg.

Cheers!

Dari Laptop Guru

Assalammualaikum.

Alhamdulillah,sehingga peringkat nie,kita semua masih diberi peluang dlm bulan Ramadhan nie.Cuma tggl soalnya sejauh mana kita benar2 manfaatkan bulan nie.

Aku terpanggil utk sebut beberapa perkara soal batch kita.Aku cuma mahu berkongsi beberapa perkara pada kita mungkin remeh tp sesuatu utk kita sedar dan ambil peduli.

Pertama,aku prsn ada antara kita yg menyepikan diri,terlalu sepi atas faktor apa,korg sendiri punyai jawapannya.Terlalu ramai yg sepi berbanding yg bersuara ketika nie.

Aku buat konklusinya,ada antara kita nie yg merendah diri atas apa yg kita ada,atas nasib kita.Ada antara kita atas faktor pencapaian dari pelbagai sudut kehidupan merasakan rendah diri dgn apa yg kita ada.

Satu yg kita semua belajar ms kita di STAR,adalah tali persaudaraan dan bukan perbandingan yg kita buat.Kita tak pernah diajar utk membandingkan diri kita dgn satu sama lain.

STAR,xpernah ajar kita utk merendah diri dgn apa yg kita ada.STAR xpernah didik kita utk malu dan rendah diri dgn nasib kita.STAR,xpernah sekali ajar kita lari dari nasib kita.

Tp STAR ajar kita harus sentiasa BERDIRI TEGAK dan PANDANG KE HADAPAN dan TERUS MELANGKAH.STAR ajar kita untuk BERBANGGA DENGAN DIRI SENDIRI.STAR ajar kita untuk sentiasa sentiasa BERSAMA.

Dalam soal nie skrg,bila kita rasa kita sedikit ketinggalan berbanding yg lain,bila kita rasa kita sedikit kebelakang berbanding yg lain,kita jgn lupa kita ada saudara.Kita ada adik-beradik.

STAR,BATCH 44,STARIAN adalah adik-beradik kita skrg.Kenapa harus berpaling dari adik-beradik sendiri?Jgn kawan,kawan sahabat.

Aku pohon dan merayu kepada sesiapa saja antara kita yg pernah merasa sebegitu utk perbetulkan kembali pandangan korg.Betulkan kembali minda korg.

Kita xpernah banding-membandingkan antara satu sama lain.Kita xde apa yg hendak kita buktikan terhadap satu sama lain.Xde apa yg kita nak malukan antara satu sama lain.

Sekiranya kita dibuang kolej,extend sem,biar apa bidang sekali pun kita buat skrg,kongsilah dgn kita.Kita sama2 nak tahu korg dlm bidang apa,apa yg korg buat skrg.

Xkesah sema ada korg belajar,kerja,tak belajar,kita xpeduli semua tue.Yg kita peduli korg kat mana,korg sehat atau tidak.Itu yg kita kesah dan peduli.

Kedua,kita ada mcm2 program nak buat utk batch.Kita pernah ckp,dlm tempoh 5,6 tahun lepas sekolah kita akan aktif blk.Jadi masanya sudah sampai.Nielah titik penyambung itu.

Selepas nie aku harap lebih ramai join aktiviti batch yg kita rancang.Lebih ramai yg melibatkan diri.Dalam entry lepas nie,kita akan listkan aktiviti dan minta korg respon dan sokong kita.

Aku minta maaf kalau ada yg terasa hati atau aku sendiri terlanjur kata.Tp aku ikhlas utk setiap apa yg aku katakan.

Aku akhiri entry nie dgn satu unkapan,

"STARIAN NEVER LEAVE ANOTHER STARIAN BEHIND.THEY ALWAYS WALK TOGETHER".


"Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin"

Ikhlas,
Azrie "GURU" Adzman
Black House 2000-2004


Visitor Counter