Berita Terkini

Sila vote untuk kepentingan bersama!Hee.Ok,selamat membuat pilihan!Undi adalah rahsia.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga Batch 44.

Saturday, January 17, 2009

BOWLING AND LUNCH

Salam to all!

SAVE GAZA!SAVE GAZA!SAVE GAZA!

Berkenaan cadangan pa'cho utk buat satu ruangan gambar..kami dipihak budak STAR,dah sediakan satu rungan utk gambar sahaja.Ada dalam label tue.So korg blhla upload any gambar kat situ..blh cho?

Berkenaan kutipan duit batch..selepas bermesyuarat dengan pihak pengurusan,kita merasekan perlu utk lebih ramai respon supaya kita dapat anggarkan sokongan terhadap idea nie.Last respon will be next Monday,19/1/2009.Selepas tarikh nie,korg xblhla nak argue lg nak bayar ke tak.Sbb ape xblh argue?Kita dah post topic nie dah sgt lame.Isu nie nmpknye tak mendapat perhatian sgt.Jdnya ble ade dateline,korg tahu ble nak respon.Hee.Diktator nie!

Berkenaan BOWLING AND LUNCH.Sape2 yg berminat,pls respon to 013-2751324 (Coordinator).Sms nama korg dan bgtau nak join.As simple as that!Ktorg perlu tgk brape ramai yg nak join.Kalau ramai kita proceed,if not takdela.Jgn marah lak kalau korg pg tp xde org!Hee.Detailnya:

Program : Bowling And Lunch
Time : 10.00 am
Date : 19 January,2009 (Monday) ________PEMBETULAN_______26 January,2009
Venue : Times Square,Kuala Lumpur
Fees : At your own cost

Yours sincerely,
Azrie Adzman
Black House 2000-2004

Thursday, January 15, 2009

Let us Pray...

Ya Allah...
Kami menadah tangan ke Hadratmu...
Ampunilah dosa-dosa kami...
Bukakanlah pintu Jannahmu buat kami...
Cucurilah limpah kasihmu keatas kami...
Teguhkan iman kami seteguh iman para Rasul...

Ya Allah...
Berikan kekuatan iman dan takwa kepada saudara Palestine...
agar andai bumi membelah hanya nama-Mu terlukis dibibir...
Anugerahkan keteguhan dalam hati sanubari mereka...
agar perjuangan mereka tidak pernah padam walau digentar peluru tak bernyawa...
Kurniakan keberanian yang meresap ke segenap ruang zarah hati mereka...
agar hilang walau sekelumit rasa takut yang menyelubungi jiwa...
Pancarkan cahaya kasihmu atas mereka...agar ujian ini hanyalah seperti langit gelap tatkala mendung menanti Sang Suria...

Ya Allah...
Tenangkan hati-hati mereka...
agar ketenangan itu menusukkan rasa gentar yang menerkam dalam hati Israel durjana...
Satukan tangan-tangan mereka...
agar tangan-tangan itu bisa merantai rakus menjerut leher musuh israel durjana...
Kebalkan tugu-tugu iman mereka...
agar tugu-tugu itu menjadi benteng yang merentangi, memayungi bumi anbia dari hujan yang mendarah merah...
Suluhkan Nur-Mu di sepanjang jalan perjuangan mereka...
hingga cahaya Nur-Mu menerangi al-Aqsa, memadamkan noda-noda nista Israel Laknat...

Ya Allah...
Gembirakan hati-hati mereka dengan khabar Firdaus-Mu...
moga kegembiraan itu mengubat jiwa nestapa yang lama luka ditusuk duka...S
hahidkan pejuang-pejuang pembela agama-Mu yang rebah dipangkuan al-Aqsa...
moga kematian itu bukanlah titik akhir menokhtahkan perjuang yang masih bernyawa...
Sinarilah denai-denai anak-anak kecil Palestine...
moga kelak kebaktian anak-anak ini menjadi tunjang memperjuang Risalah-Mu...

Ya Allah...
Padukan hati-hati umat islam disegenap maya menjadi perisai...
agar kesepaduan ini menjagat rasa sayang, menanam benih cinta, menyubur rasa...
agar hati-hati ini bangkit dari lena, menyarung semangat Fisabillilah, menentang murka...
agar perisai ini menangkis tangis, melindung jiwa, mengubat nestapa...

Ya Allah...
Gentarkan naluri Israel Laknat...
moga gentar itu bisa meluluh jiwa, melayu sukma, membunuh rasa...
moga naluri itu rosak bernanah, racau berdarah, gundah tak bernokhtah...
moga Israel Laknat hancur berkeping keping ibarat tentera Abrahah dimamah...

Ya Allah...
biar Lasykar-lasykar Israel lari lintang pukang berselerakan gementar...
biar wanita-wanita Israel menjadi janda-janda berhias nestapa...
biar anak-anak israel menjadi yatim berpiatu lara...
biar kepala menunjang Israel terbelah dua...
biar kereta kebal angkuh Israel hancur binasa...
biar kapal-kapal terbang Israel menghempas perut bumi...
biar senapang-senapang Israel patah menjadi tak berguna...
biar bom-bom Israel melebur menjadi abu...
biar ejen perisik Mossad Israel berkecai menjadi kutu...
biar ekonomi membaja Israel berpaling menjadi racun merosak binasa...
biar keangkuhan dan kesombongan Israel menjadi baju kaca membongkar segala...

Amin.

Saturday, January 10, 2009

6 Langkah Untuk Mendaftar.

Salam..Terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa memberikan idea2 yang mantap bak beras bernas dan beras jati super tempatan!!Kami akan sentiase mencuba untuk memberikan anda yang terbaik!So,kami telah sediakan anda dengan 6 langkah mudah mendaftar di tag UPDATEKAN DIRIMU!Selamat mencuba!


1. Anda perlu cari coloum PILIHAN ANDA betul2 bawah chatbox.Then cari tag "Daftarkan Dirimu".Kalau dalam gambar,ada arrow yang pointing to "Daftarkan Dirimu".Klik kat situ.


2.Then window nie yang akan keluar.Title die Database Yang Pertama.Kalau lain,anda telah ke tag yang salah.Sila mulakan dengan langkah 1 semula.



3.Skroll down mouse anda dan cuba cari satu spot yang tulis 20 comments.Kalau anda xperasan yang mana,sila klik pada gambar nie.Picture nie akan enlarge dan korg blh tgk dengan jelas picture nie.Klik pada comment tue.


4.Next,window nie akan kuar.So apa yg korg blh skrg adalah copy and paste first entry pyn tempelate seperti highlighted biru di bawah.Then paste kat dalam box Leave your comment.



5.So skrg dalam box tue korang dah ade tempelate utk korg edit data korg.So sila2lah edit.
6.Bila korg dah sudah edit,skroll down dan nampak verification box dekat no 1.Kat situ korang perlu isi ikut word yg dibagi.Tujuannya adalah..supaya anda nie cukup logik utk baca word tue.Maknenya anda diparas sedar dan waras.Hee.Kalau anda ada account google,anda blh terus isi di no 2 dan no 3.Masalahnya timbul apabila anda tiada account google.So anda perlu mendafar satu account google dulu,sila klik dekat no 4.



So,tuela die.6 langkah mudah untuk mendaftar di starianstand.blogspot!Selamat mendaftar!=)
Credit to Incik Ning dan Pa'cho!=)
Coordinator,
Azrie Adzman
Black House 2000-2004







Friday, January 9, 2009

korang semayang jumaat tak?

ade sape-sape lupe ape tuh songkok di mate seorang starian?

Ari neh ari jemahat ..Cam bese aa kalau mase form 1 mesti aa kene beratur dulu kan kan? pastu dgr suare farish hafeez ."woiii tunggu ape lagik? korang nak meeting ke petang neh ?"(sambil buat gaye jangan lupe bawak buku meeting kalau taknak kene pasolla). Sampin mesti kemas (takde sampin kain pelekat petak petak cam si chimut pakai la pon boleh ),songkok mesti la pakai kan ,butang mesti 5 baru la kacip ye tak.(Aku heran sampai skang mane pegi sampin chimut aa?).Batch besi tuh wajib beb ..lu orang nak poket baju korang bahagian atas koyak secara sadis ke. Pastu nanti korang dengar suare amir long kire se..due..tige (loghat terengganu pekat tapi mengaku tinggal KL ).Hek eleh aku tau korang menyampah..aku pon.Seb bek die 185cm kalau tak memang aku dah injak muke de ngan kasut kulit hitam aku...ehh pvc la.Tibe-tibe..


"ade sape sape nak ikut abang belajar silat kalimah?"


pergh ayat keramat beb.Sape lagik yang tertipu sile aa tinggalkan kat komen eh? chilake lu abg farish, gua dendam lu sampai mati .pasal lu la gua telepas outing pertama gua. cakap aa nak pegi restoran kalimah. (roti banjir ade sape mau?).Yang tere tuh, abg masykur bleh lak saport secare tegang.Muke hensem je....hati penuh dengan niat kejahatan mengenakan f1 yang suci murni cam gua.Mmg kentang aa 2 ekor tuh. Aku sebenarnye nak cerita pasal songkok je tapi takde idea ngahahaa.Sape men jambu dulu mesti tau kan tempatideal neh .Eleh takyah aa buat muke zaipen kat sini,rahsie korang dalam poket blazer aku aa.Lu orang memang la sentol aaa...bahye doh bawak 'pasangan' panjat tetinggi pastu feilong berdue..kene sergah ngan pakcik lan palat (polis tue kawan baik udine ) baru ade akal.Tapi masyuk kan ..jerih keringat nak panjat bangunan.Nak nak yang boroi macam man..bapak begegarnye bangunan(tiada offence disini hahah).Nak carik orang kaber line lagik..banyak keje tuh wehh.Dengar cerite songkok dah kene seal,yeke bai?Name aku vandel ade ke tak lagi tah atas tuh ..( name mama pon ade doo korang jgn ingat aku je jahat ngahaha).gelap.

semayang jumahat dohh. jangan pegi men kat HI info takpon men snuker stable due + lepak komek beng macam zaman kegemilangan korang dulu. Lepas semayang bleh ( itupon kalau lu org berani kene hambat ngan Mr.Eng la kan ...).

*jangan lupe doakan saudara Islam kita di palestin .Kita saudara.Islam itu pilihan hidup.Pegangan kita,pegangan dunia .Allahuakbar

inilah die watak utame dalam cerita kali ini
korang nak bunuh sape dulu?

Sunday, December 28, 2008

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..blog budak STAR dah pun mencecah ke angka 1264 pengunjung.Tak sempat nak wish utk org yg ke-1000.Angka yg memberansangkan nie membuktikan anda,anda dan anda,masih mendukung semangat batch-44 Sekolah Tuanku Abdul Rahman.Kalau satu ketika dulu blog2 yg berunsurkan politik begitu mendapat sambutan,namun kini blog kita mampu meraih pengunjung kurang 3 bln untuk satu angka yg memberansangkan.Walaupun bukan 100% daripada kita yg mengunjungi blog ini namun kita pasti anda mewakili satu peratusan yg besar dalam batch-44.

So,lets cut to the chase!We are going to try sumthg different today.Apa yg kita nak mulakan hari ini akan menjadi indicator kepada usaha2 yang akan kita jalankan pada masa akan datang.Firstly,kita mendapat permintaan dari sahabat2 nak buat tshirt bacth.Utk dijual kepada semua batch-44.Kita nak cuba mempasarkan tshirt ini kepada anda semua tak kira lokasi anda.Kami sedia menghantar.Kita akan mulakan dengan sahabat2 dari dalam negara.See how thg goes,then kita akan kembangkan pasaran utk sahabat2 di luar negara.Zam Hadzrami aka Morey dah ada design die.InsyaALLAH nanti kita akan post kat blog nie dan minta pendapat anda.Dan kepada sesiapa sahaja yg berminat nak buat design,emailkan design anda ke starianstand@yahoo.com.

Secondly,kita nak start dengan yuran keahlian batch-44.Lets not thk it as sumthg yg menguntungkan mana2 pihak.Ini adalah satu pelaburan jangka masa panjang ke arah STAROBA OBW 2024 yg kita sasarkan.Dan ini tidak akan mebuatkan anda jadi kaya..ahaa..jgn salah faham sbb ini bukan skim cepat kaya.Tp lebih kepada tabung batch.Memandangkan sebahagian kita dah mula bekerja,kita akan mulakan dengan tabung batch.Jgn risau..jgn risau..ini adalah satu idea belum lagi muktamad.Sebagai warga batch-44,anda diberikan masa utk berbahas:

1.Bernas atau tidak utk diteruskan idea ini.
2.Berapakah yuran keahlian.

Caranya mudah!U guys just tgglkan comment kat ruangan comment nanti kita akan bincang sama2.
Selain itu,sekiranya anda mempunyai pendapat sendiri,sila tinggalkan cadangan anda diruangan comment jgk!Hee.

Finally,harapan kita semoga anda semua sehat sejahtera,terus mencapai cita-cita anda,dan selamat beramal!=)

Visitor Counter