Salam kepada semua.
Apa khabar anda semua di luar sana?Bagus2 harapnya..yang masih study..teruskan study.Yang dah kj selamat bekerja.Contohnya seperti Zarith..dah bawak kapal terbang.Alim dengar kata welding inspector.Mereka berdua dikhabarkan sudah mula menerima gaji 4 angka.Hee.Allhamdulillah..Buat yang sudah selamat mendirikan rumah tangga,selamat melayari dunia rumah tangga..kami doakan semoga anda terus bahagia hingga ke syurga..jauh tue perjalanan kita.Buat ahli batch yang sudah tiada..kita sedekahkan Al-Fatihah utk sahabat juga saudara kita,Arwah Fazaldin dan Tuan Mohd Shariman..Al-Fatihah...
Buat yang masih memburu impian demi satu kejayaan di masa depan,selamat berjuang..selamat mecapai impian2 anda.Sebagai student,kami sedar akan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi harus didahulukan terhadap tanggujawab sebagai seorang student ye..bukan tanggungjawab sorg balak.Hee.Dalam masa kita meneruskan perjalanan kita di dunia yang fana nie,hati-hatilah dalam memilih langkah2 yang bakal diambil.Doa sebagai senjata mudah-mudahan kita tak tersalah langkah.Dan dalam masa kita berjuang nie,kami harap janganlah ada diantara kita yang amik pendekatan menjauhkan diri dari batch kita.Kita sering laungkan macam2 semangat ketika di STAR.Dari semangat batch ke semangat bersaudara.Kita pernah kukuh dan utuh di bumi kesayangan kita suatu ketika dahulu.Pernah kita dilanda badai dan ombak..pernah berpesta berhibur sakan bersama di STAR.STAR bumi keramat tempat kita menyemai benih2 indah..bibit2 manis dalam 5 tahun bergelar student Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Kita pantang dicabar lawan..kita xusah diajak berlawan.Biar lawan segagah gajah..biar lawan seluas lautan..kita pasti lawan.Batch kita pernah menyaksikan retak2 halus dalam hubungan kita,namun kita tangkas bertidak balas.Setiap langkah diambil,setiap keputusan dibuat,pasti batch didahulukan.Bagaimana suatu ketika dahulu kita terlalu erat bersama sehinggakan setiap nada kita seirama..setiap kata pasti sehati.Biar hati sendiri katakan tidak,namun kerna batch,kita terus akur agar kita tetap bersama.Batch yang kini masih disayangi cikgu2 yang masih di STAR,sumpah,mereka masih menyayangi kita dan tiada batch mampu menyaingi batch kita.Kalau ke STAR,katakan fivers 2004,cikgu2 masih terus tersenyum dek kerna batch kita paling mesra dan dekat dihati cikgu2.Maaf kalau kami terlebih-lebih membesarkan cerita ini namun cikgu mana yang benci dengan batch kita.Walaupun kita pernah dicemuh hebat oleh pihak sekolah kerana perilaku kita yang nakal namun diakhir detik di STAR,kita tinggalkan STAR dengan nama yang wangi dihati mereka.
Sekarang,kita sudah berbeza.Sudah jauh meninggalkan bumi STAR.Yang mana sudah tidak pernah jejakan kaki ke STAR sejak SPM dulu tak mengapa.Masih ada diantara kita yang sering ke STAR bukan hanya sekadar bertanya khabar sekolah,tp turut terbabit dalam menganjurkan program2 dengan pelajar STAR.Tahniah buat Ketua Umum 2004 kita,Adam!Dan pasti tidak banyak yang kita blh sumbangkan kepada STAR buat masa sekarang dengan situasi kita yang masih bergantung harap kepada ibu bapa.Dan tidak mengapa!Kerana STAR juga tidak mengharapkan anda membalas seribu budi yang pernah dinikmati suatu ketika duluBerbekal seribu kenangan yang pernah terlakar,STAR tetap dihati dan kita tetap dan terus kekal dicop sebagai "budak STAR".
Kini harapan kami untuk batch hanyalah satu.Biarlah kenangan2 manis itu terus kekal dihati dan menjadi pengikat kepada silaturahim yang telah terjalin buat sekian lamanya.Dan harapan inilah yang didukung oleh kita selama ini.Fahamlah kami sekiranya anda tidak dapat menyumbang apa2 utk batch setakat ini.Fahamlah kami kenapa sehingga skrg mengapa tiada satu pun program utk bacth setakat ini.Kami tetap terus berharap moga2 anda,anak kapal BATCH 44,dapatlah kiranya memberi sedikit masa dan ruang untuk terus berhubung dan menyokong cita-cita kami iaitu untuk terus mengekalkan hubungan.Walau sibuk macam mana sekali pun,berikanlah sedikit masa anda untuk membantu kami.Apa yang kami minta:
1) Sila updatekan diri anda di label "Daftarkan Dirimu".Klik d isitu.
2) Berilah idea kepada kami bagaimana utk menguruskan batch di shout out box.
3) Responlah kepada kami yang anda telah sggh di blog kita.
4) Berilah sebarang idea utk kita menghebatkan lagi blog kita.
Mengapa kami meminta anda utk berbuat sedemikian adalah supaya kami tahu dimana anda dan cara utk menghubungi anda.Juga supaya kami blh updatekan sebarang info kepada anda dengan mudah.Pasan kami,kami kuathir kalau satu hari nanti apabila ditanya anda dari batch mana dan apa perkembangan batch kita,malu nak disebut kapada orang.Kami juga kuathir satu hari nanti apabila anda ada sebarang masalah berkaitan apa bidang,anda malu dan tidak tahu nak bertanya dek kerana tidak aktif dalam aktiviti batch.Akhir kata,sokonglah kami untuk menyokong anda!
"When people ask you what is ur stand,it's STARIAN STAND"
Coordinator,
Azrie Adzman
Black House 2004
No comments:
Post a Comment